Berikutan pengagihan vaksin telah memberi gambaran pemulihan kepada ekonomi global – kini penyediaan pasport digital vaksin COVID-19 dilihat suatu langkah yang baik untuk sesebuah negara memulakan semula perjalanan udara mereka.
Menurut laporan Reuters – Jepun, negara itu kini sedang merancang mengeluarkan pasport digital vaksin COVID-19 mereka tersendiri menerusi aplikasi kepada penduduk negara yang telah menerima suntikan vaksin.
Tidak hanya Jepun tetapi negara lain turut menyatakan tindakan yang sama seperti China dan Kesatuan Eropah. Langkah penyediaan sijil vaksinasi ini akan memudahkan perjalanan penduduk untuk pembuktian jaminan kesihatan mereka.
Sementara itu, Malaysia pula turut mempertimbangkan penyediaan sijil tersebut dalam kalangan mereka yang tidak layak menerima suntikan vaksin disebabkan kesan sampingan penyakit yang di alami.
Usaha ini baik untuk memberi laluan kepada semua rakyat – supaya tidak terkecuali dalam meneruskan perjalanan udara mereka kelak.