Artikel

Kedai Serbaneka Korea Selatan CU-See You Kini Telah Dibuka Di Malaysia

Seperti yang telah dikhabarkan Rnggt pada 12 Oktober 2020 lalu – kini MyNews Holdings Bhd telah membuka cawangan bersama dengan pengendali kedai serbaneka terbesar Korea Selatan CU (See You – Korean Style Convenience Store). 

Pembukaan kedai serbaneka CU bagi pasaran Malaysia ini telah dibuka bermula hari ini (1 April). Antara cawangan yang diperlihatkan adalah Centerpoint Bandar Utama, Petaling Jaya.

Berdasarkan pelaporan sebelum ini – perjanjian tersebut telah ditemeterai selama 10 tahun bersama BFG Retail Co. – menerusi pembabitan CU pada jenama runcit Mynews, ia secara langsung menawarkan lebih banyak pilihan dan pengalaman membeli-belah dari Korea Selatan kepada rakyat Malaysia.

Ini secara terus meningkatkan keperluan serta permintaan barangan runcit, makanan segar Korea Selatan pada pasaran negara. Langkah kerjasama ini memberi manfaat kepada perluasan operasi My News.

Menerusi pembukaan ini, pelbagai promosi ditawarkan kepada semua pembeli dengan diskaun terhadap setiap pembelian makanan di kedai serbaneka tersebut. Untuk sebarang makluman boleh rujuk pada laman rasmi facebook CU Malaysia.