MyNews Holdings Bhd kini merancang pelaksanaan bersama dengan pengendali kedai serbaneka terbesar Korea Selatan CU (See You – Korean Style Convenience Store) pada tahun hadapan.
Perjanjian selama 10 tahun bersama BFG Retail Co. ini akan membawakan pembukaan operasi cawangan CU di Malaysia pada 2021.
Untuk makluman, CU memiliki lebih 15,000 kedai di Korea Selatan dan dijangka pembukaan di Malaysia akan meningkatkan lagi angka francais jenama tersebut.
Menerusi pembabitan CU pada jenama runcit Mynews, ia secara langsung menawarkan lebih banyak pilihan dan pengalaman membeli-belah dari Korea Selatan kepada rakyat Malaysia, khususnya pada pengalaman kemudahan runcit.
Penambahan CU akan membuka peluang pertumbuhan baru dan meningkatkan kemampuan MyNews untuk memenuhi permintaan pengguna. Ia juga akan meningkatkan penggunaan pusat pemprosesan makanan berskala besar MyNews kerana CU adalah destinasi popular untuk penawaran makanan segar.