Artikel

“Touch ’n Go eWallet Tidak Akan Diubah Kepada Bank Digital”

Touch ’n Go hari ini telah mengadakan acara media khas dalam memperkenalkan perkhidmatan pelaburan terbaru dinamakan sebagai GO+.

Ketika sesi soal jawab acara pelancaran berkenaan, pihak Touch ’n Go turut menyentuh secara ringkas berkaitan dengan arena perbankan digital yang semakin hangat diperkatakan.

Bercakap mengenainya, pihak TnG mengatakan yang mana Touch ’n Go eWallet tidak akan diubah menjadi sebuah bank digital.

Hal ini adalah kerana operasi perniagaan sebagai dompet digital dan bank adalah berbeza.

Apa pun, pihak Touch ’n Go sendiri akan melihat potensi untuk menyertai arena bank digital ini, dan melihat sebarang sinergi antara bank digital dan pembayaran.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia telah mengatakan sekitar 40 permohonan berkaitan bank digital telah diterima, dan sebanyak 5 lesen akan diberikan pada 2020.