Setelah aktiviti Bazar Ramadan dan solat tarawih dibenarkan sebelum ini – sudah pasti ramai pihak menantikan pengumuman kebenaran berhubung perjalanan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri Mei kelak.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (27 Mac) mengatakan tindakan kebenaran itu hanya akan diketahui setelah penilaian risiko bersama kumpulan data dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Setakat ini – keputusan tersebut masih ditahap pemerhatian dan diteliti oleh pihak autoriti, kerajaan masih belum memiliki jawapan berhubung isu kebenaran tersebut.
Bagaimanapun semua pihak masih terus mengekalkan pematuhan SOP sedia ada, usaha itu mampu membawa kepada penurunan kadar keberjangkitan pandemik COVID-19 negara.