Sekiranya anda ingin mengerjakan ibadah haji pada tahun ini – maka dijangka peningkatan kos berlaku sekitar 9% kepada RM25,000 bagi setiap jemaah haji.
Untuk makluman, pelaksanaan haji 2021 dilihat sedikit berbeza disebabkan situasi pandemik COVID-19. Tahun 2019 dan 2020 – kos haji yang ditetapkan adalah pada paras RM22,900. Di mana jemaah hanya perlu menanggung RM9,980 manakala RM12,920 pula ditanggung oleh pihak Tabung Haji.
Tetapi untuk tahun ini, kadar tanggungan masih tidak diselaraskan.
Malah dijangka angka kos tersebut kekal meningkat berikutan tambahan kepada peratusan dan prosedur SOP ketika ibadah. Penetapan tersebut berkemungkinan memberi kesan yang tinggi kepada kos jemaah haji.
Sebelum ini, 10 Mac Kerajaan Arab Saudi telah bersetuju memberi tambahan kuota 10,000 untuk para jemaah haji di Malaysia. Ini bermakna kuota rasmi jemaah haji negara adalah pada kitaran 31,600. Jumlah itu telah meningkat berbanding tahun lalu – sekitar 30,200 kuota jemaah sahaja.