Berita baik untuk jemaah negara hari ini (10 Mac) apabila Kerajaan Arab Saudi telah bersetuju memberi tambahan kuota 10,000 untuk para jemaah haji di Malaysia.
Persetujuan ini telah dicapai menerusi perjumpaan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Putera Mohammed Salman di Riyadh, Arab Saudi ketika ini.
Ini bermakna kuota rasmi jemaah haji negara adalah pada kitaran 31,600. Jumlah itu telah meningkat berbanfing tahun lalu – sekitar 30,200 kuota jemaah sahaja.
Untuk makluman persetujuan peningkatan kuota jemaah ini selari dengan garis Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) – di mana kuota sesebuah negara perlu 0.1% daripada jumlah populasinya.
Arab Saudi menjelaskan pertambahan kuota bagi negara-negara yang terlibat akan diteruskan berikutan ketika ini Madinah dan Mekah sedang melalui proses perluasan kawasan ibadah.
Turut hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah Menteri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein – yang menyaksikan proses temeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi Perkhidmatan Jalan Makkah.
Selain perbincangan berkenaan jemaah haji – diskusi mengenai pelbagai bidang juga turut dibahaskan, untuk meluaskan lagi kerjasama Malaysia bersama Arab Saudi pada teknologi, inovasi, pelaburan, dan pendidikan.