Artikel

Boost Kini Menambah Sokongan Pembayaran DuitNow QR

Boost kini mulai menyertakan ciri sokongan pembayaran menerusi DuitNow QR pada dompet digital mereka. Langkah ini nyata memberi kemudahan kepada semua pengguna aktif pada transaksi di kedai-kedai fizikal.

Menerusi integrasi ini – DuitNow QR membolehkan premis perniagaan menerima pembayaran kod QR dari pelbagai bank dan pemain dompet digital dengan hanya satu kod sahaja.

Selain Boost, Shopee dan Grab, Maybank turut menyertakan ciri ini pada penggunaan dompet digital mereka.

Setakat ini, tiada sebarang caj dikenakan bagi setiap transaksi melalui DuitNow QR – para pengguna Boost boleh menggunakan ciri tersebut pada Aplikasi Boost di bahagian Scan & Pay dan mengimbas kod QR berwarna merah jambu, milik DuitNow.

Untuk makluman, DuitNow QR adalah piawaian kod QR nasional di Malaysia, dan dijangka akan disokong oleh pelbagai dompet digital dalam masa terdekat.