Artikel

Peluang Ekonomi Yang Sama Harus Diberikan Kepada Rakyat Negara – Tengku Zafrul

Bagi memastikan pembangunan ekonomi negara terus maju mencapai sasaran yang ditetapkan – kajian ke atas peranan dan dasar negara perlu dilakukan. Langkah ini bagi memastikan aliran sosioekonomi Malaysia dapat dipertingkatkan.

Menurut Tengku Zafrul Menteri Kewangan negara pada sidang pelancaran laporan Bank Dunia hari ini (16 Mac) menegaskan pembangunan Malaysia berteraskan pengetahuan dan produktiviti perlu diperkasakan.

Jaminan peluang ekonomi yang seimbang perlu diberikan kepada seluruh rakyat negara, tidak hanya itu pengenalan insentif yang baik juga harus diwujudkan dalam ruang pekerjaan negara.

Tindakan ini akan meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Malah antara penekanan lain yang turut diutarakan adalah meningkatkan peluang penglibatan bagi golongan wanita – pemerkasaan ini akan meningkatkan literasi ekonomi negara melalui pembabitan keseimbangan.

Segmen peningkatan bahagian kemahiran juga dapat membantu negara dalam merangkul pelbagai peluang untuk mengatasi krisis kesihatan ketika ini. Untuk makluman Bank Dunia kini menyasarkan Malaysia berpeluang capai status ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempoh 5 tahun lagi (2024-2028).

Bagaimanapun usaha yang proaktif dalam meningkatkan pembangunan peluang pekerjaan berserta meningkatkan kemampuan daya saing ekonomi menerusi model pembangunan baharu dapat membantu Malaysia menuju ke arah yang lebih tinggi.