Langkah Malaysia untuk mencapai peralihan ekonomi berpendapatan tinggi kini disasarkan akan berlaku dalam masa 5 tahun lagi – iaitu mulai tahun 2024 sehingga tahun 2028.
Pengamatan laporan Bank Dunia itu merangkumi pelbagai faktor – khususnya meliputi tahap produktiviti negara, pembangunan peluang pekerjaan serta perolehan pendapatan.
Menerusi tinjauan laporan Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development telah memaparkan jangkaan itu berdasarkan kedudukan ekonomi negara sebelum ini. Tidak hanya pandemik COVID-19 yang turut merencatkan prestasi ekonomi tetapi kadar perkembangan ekonomi negara sebelum ini juga diperlihatkan lebih rendah berbanding negara di OECD iaitu antara Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
Di mana Malaysia masih memiliki pengurangan peluang pekerjaan, penyaluran dana pada perlindungan sosial serta kaedah pengendalian rasuah. Oleh itu, reformasi baharu perlu dibentuk untuk Malaysia mendepani pertumbuhan yang lebih baik di masa hadapan.
Berdasarkan anggaran Pendapatan Negara Kasar (PNK) ketika ini negara berada pada paras per kapita RM46,000 – hanya memerlukan sedikit peningkatan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Maka model pembangunan lalu diperlihatkan tidak lagi relevan untuk pertumbuhan ekonomi negara dalam mencapai status perkembangan tersebut.
Bank Dunia melihat pembaharuan pembangunan perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan ini – walaupun negara sebelum ini telah mengalami pertumbuhan perlahan sebelum pandemik, namun pembaharuan wajar dilakukan. Ini kerana kesan COVID-19 telah meningkatkan lagi penurunan potensi pertumbuhan Malaysia.