Artikel

Jollibee Foods Sasar 80% Perluasan Rangkaian Pada Pasaran Global

Rangkaian restoran Jollibee Foods Corp milik negara Filipina kini sedang meneroka peluang dalam memperluaskan empayarnya di pasaran global, meskipun ketika ini berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.

Tuntutan perancangan semula dilihat adalah strategi yang tepat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jollibee – Ernesto Tanmantiong, apabila pihaknya merancang ingin membuka 450 cawangan di seluruh dunia pada tahun ini dikala mencari dana pengambialihan sekitar AS$1.2 bilion dan pelaburan jangka masa pendek.

Berdasarkan laporan Bloomberg, Tanmantiong optimis akan peluang untuk meningkatkan perolehan entitinya. Setakat ini, Jolibee telah meningkatkan penstrukturan semula perniagaan merangkumi platform penghantaran serta jualan secara atas talian – sekitar lebih RM590,000 (7 bilion pesos) telah diperuntukkan untuk perubahan tersebut.

Malah, perluasan rangkaian di luar negara seperti China, Amerika Utara, Asia Tenggara pada tahun ini turut disasarkan pada purata 80% dan menjelang tahun 2025 Jollibee turut menyasarkan separuh perolehan rangkaian akan disumbangkan dari cawangan luar negara.

Ternyata penglibatan Jollibee pada pasaran asing ini akan meningkatkan daya pemulihan entitinya dari kerugian yang lebih besar pada masa akan datang. Sebelum ini, pada tahun 2019 – Jollibee telah mengambilalih jenama Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dengan membeli pada jumlah mencecah RM1.4 bil (AS$350 juta).

Perluasan rangkaian pada pasaran global tidak hanya akan memberi keuntungan kepada kumpulan tetapi turut kepada pertumbuhan ekonomi Filipina.