Jollibee Beli Jenama Coffee Bean & Tea Leaf Sebanyak AS$350 Juta

·

Jollibee Foods Corp – Filipina telah bersetuju untuk mengambil alih jenama Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dengan membeli pada jumlah mencecah RM1.4 bil (AS$350 juta).

Nilai peruntukkan ini terbahagi kepada dua bahagian.

Pertama, pelaburan Jollibee sebanyak RM 411 juta (AS$ 100 juta) akan disuntik ke dalam syarikat induk di Singapura. Jollibee akan membentuk 80 peratus milik syarikat induk Singapura bagi pengambilalihan CBTL.

Manakala, lagi 20 peratus kepentingan pula akan dimiliki oleh rakan kongsi Jollibee pada perniagaan kopi dan restoran di Vietnam.

Seterusnya bagi bahagian kedua pula sebanyak RM1 bil (AS$250 juta), Jollibee akan melabur kepada syarikat induk bagi kelangsungan perniagaan CBTL.

CBTL yang berpangkalan di Los Angeles mempunyai sebanyak 1,189 cawangan di seluruh Amerika Syarikat, Asia Tenggara, Timur Tengah, dan berkembang pesat di Asia. Mereka mempunyai hampir tiga perempat cawangan di luar negara.

Jollibee pula mengendalikan rantaian makanan segera terbesar di Filipina dengan 3,195 restoran. Ia juga mengendalikan 1,418 kedai di pelbagai jenama di luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *