Artikel

Volkswagen Rancang Pengurangan Tenaga Kerja – Sekitar 5,000 Pekerjaan Akan Terlibat

Bagi menyeimbangkan perbelanjaan operasi – Volkswagen kini merancang untuk mengurangkan 5,000 tenaga kerjanya di Jerman dengan menawarkan persaraan awal kepada pekerja yang lebih berusia.

Tindakan itu memperlihatkan pengurangan perbelanjaan dapat dikurangkan sehingga RM2.5 bilion.

Berdasarkan laporan akhbar Handelsblatt – langkah itu telah mencpai persetujuan untuk membuka sebahagian persaraan kepada tenaga pekerja yang lahir pada tahun 1964. Sementara itu bagi tenaga kerja yang lebih tua turut ditawarkan persaraan awal.

Bagaimanapun, setakat ini Volkswagen tidak menyatakan sebarang maklum balas perhubung perancangan tersebut. Seperti yang umum ketahui pada Januari lalu Kumpulan Volkswagen telah menyuarakan pengurangan kos perbelanjaan sekitar 5% dan kos perolehan sekitar 7% untuk tempoh 2 tahun mendatang.

Menyedari perihal itu – di harap ia tidak menjejaskan penubuhan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau Volkswagen di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Malaysia sejak Januari lalu. Ini kerana penempatan hab tersebut dapat meningkatkan proses gudang sekitar 15%.

Ia tidak hanya meningkatkan pasaran Volkswagen, bahkan merancakkan lagi zon perdagangan negara.