Artikel

Penubuhan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau Volkswagen, Perkukuhkan Malaysia Selaku Hab Rantaian Bekalan

Pengeluar automotif dari Wolfsburg, Jerman – Volkswagen Group kini telah membangunkan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Tindakan ini dilihat baik untuk industri automotif negara, di mana menerusi penempatan tersebut ia berfungsi menyediakan bekalan rantaian alat ganti asli kepada 21 pasaran di Asia Pasifik.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MIDA) mengatakan penglibatan mereka pada lokasi strategik negara dapat meningkatkan lagi kecekapan operasi dan kualiti produk perkhidmatan. Penglibatan Volkswagen pada pasaran negara juga turut meningkatkan peluang pekerjaan, dan prestasi negara selaku hab rantaian bekalan global.

Menurut Dr Christin Dahlheim, Ketua Jualan Volkswagen Group, penubuhan pusat tersebut secara tidak langsung menawarkan agihan produk dengan lebih baik, malah lokasinya yang strategik pada zon perdagangan dapat meningkatkan proses gudang sekitar 15%.

Tindakan itu secara terus dapat mengembangkan lagi pasaran Volkswagen pada rantau ini.