Seperti yang umum ketahui, 15 Februari lalu Tesco Malaysia telah mengumumkan penjenamaan semula entiti mereka kepada Lotus’s Store Malaysia Sdn Bhd.
Ternyata kenyataan itu akan dikuatkuasakan tidak lama lagi, di mana operasinya akan mula dilaksanakan pada hujung Mac ini.
Untuk makluman, penjenamaan semula Tesco negara ini berlaku setelah jualan operasinya kepada Charoen Pokphand Group dilakukan oleh Tesco Group UK pada Disember 2020.
Berdasarkan pelaporan – proses penjenamaan semula ini disasarkan secara berperingkat untuk mencapai kapasiti keseluruhan. Jangkaan itu adalah pada akhir tahun 2021 ini.
Setakat ini fasa pengambilalihan negara memperlihatkan pengilibatan 8,600 tenaga kerja dan 62 rangkaian di semenanjung Malaysia.