Artikel

Bank Islam Sasar Penubuhan Lengkap Bank Digital

Penerapan bank digital kini tidak lagi asing buat negara, Bank Islam telah mulai menumpukan perhatiannya pada penubuhan bank digital menerusi kerjasama Mambu, Experian dan Pod.

Sasaran itu akan dilakukan menerusi CDX – Pusat Pengalaman Digital Bank Islam, di mana pihaknya akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan pemain industri terlibat.

Untuk makluman kerjasama ini akan memperlihatkan Mambu – selaku platform perbankan SaaS mampu menghubungkan bank bersama produk patuh syariah, akan memaparkan dasar kelebihan dan risiko pada pasaran. Sementara itu, kerjasama dengan Experian pula menerapkan penyelesaian Cloud Native dan pengesahan eKYC pad pada produk mereka.

Manakala Pod pula menerusi CDX dapat memperluaskan model kredit alternatif pada perbankan – ia merangkumi penyelesaian melibatkan pekerja termasuklah pekerja gig yang sering dinafikan hak perkhidmatan kewangan mereka. Penelitian kaedah alternatif berhubung kelayakan kredit pengguna akan dilakukan – model ini dilihat lebih seimbang.

Melalui kerjasama ini juga  Bank Islam optimis ia akan meningkatkan lebih banyak kerjasama bersama institusi kewangan dan firma teknologi kewangan (fintech) negara. Setakat ini dijangka penyelesaian CDX akan dipaparkan pada suku kedua 2021.

Seperti yang umum ketahui, pengiktirafan lesen 5 bank digital akan dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mulai suku pertama 2022 kelak. Makluman ini secara terus telah meningkatkan persaingan entiti untuk tampil mewujudkan bank digital yang dapat memudahkan pengurusan kewangan pelanggan.