Artikel

Mulai Hari Ini – Pencarum Boleh Melakukan Pindaan Berhubung Amaun Pengeluaran i-SINAR KWSP

Umum ketahui, bermula 2 Mac lalu – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan pembayaran secara berperingkat bagi permohonan i-SINAR akan dilakukan. Pada masa yang sama, mulai hari ini (8 Mac) – permohonan i-Sinar bagi pemansuhan kriteria akan dilakukan.

Ini bermakna, permohonan baharu dan permohonan yang lama boleh melakukan pindaan pada amaun pengeluaran mereka.

Kenyataan itu telah dimaklumkan KWSP menerusi ciapan rasmi Twitter mereka – di mana bagi pencarum yang tidak memilih amaun yang betul semasa permohonan asal boleh membuat pindaan pada 8 Mac menerusi i-Sinar Online.

Pemindaan jumlah pengeluaran tersebut hanya boleh dilakukan 1 Kali Sahaja. Bagaimanapun, sekiranya penetapan amaun pengeluaran tersebut adalah pada tahap maksimum pengeluaran – pencarum tidak boleh menukar pindaan amaun tersebut.

Untuk makluman – bagi permohonan i-Sinar baharu bagi pemansuhan kriteria, ia dibuka kepada semua pencarum di bawah usia 55 tahun dan kelayakan tertakluk kepada baki Akaun 1 KWSP pencarum.

Untuk makluman jumlah pengeluaran dan kriteria sebelum ini masih dikekalkan. Ia seperti berikut:

  • Pencarum yang memiliki simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah pada Akaun 1, memiliki akses jumlah pengeluaran sehingga RM10,000
  •  Pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 dan ke atas, memiliki akses jumlah pengeluaran sehingga 10% pada Akaun 1

Kedua-dua pengeluaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan.

Sebarang maklumat lanjut, ahli pencarum terlibat boleh melayari portal kwsp.gov.my atau hubungi talian 03-89224848 dan 03-89226000.