Artikel

Mulai Hari Ini – Pembayaran Peringkat Awal Permohonan i-SINAR KWSP Akan Dilakukan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan – permohonan pengeluaran wang pada Akaun 1 i-Sinar yang dilakukan sebelum 25 Februari lalu akan diluluskan secara berperingkat dan pembayaran akan dilakukan bermula pada hari ini (2 Mac).

Manakala permohonan i-Sinar baharu bagi pemansuhan kriteria pula akan dilaksanakan mulai 8 Mac kelak – ia dibuka kepada semua pencarum di bawah usia 55 tahun dan tertakluk kepada baki Akaun 1 KWSP mereka.

Bagi permohonan baharu, pengesahan akan mengambil masa 5 hari waktu bekerja dan setelah itu para pencarum boleh melakukan semakan berhubung status permohonan serta tarikh pembayaran mereka.

Untuk makluman jumlah pengeluaran dan kriteria sebelum ini masih dikekalkan. Ia seperti berikut:

  • 1 – Pencarum yang memiliki simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah pada Akaun 1, memiliki akses jumlah pengeluaran sehingga RM10,000
  • 2 – Pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 dan ke atas, memiliki akses jumlah pengeluaran sehingga 10% pada Akaun 1

Kedua-dua pengeluaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan.

Sebarang maklumat lanjut, ahli pencarum terlibat boleh melayari portal kwsp.gov.my atau hubungi talian 03-89224848 dan 03-89226000.