Bank Negara Malaysia (BNM) kini menetapkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) masih di kadar yang sama iaitu 1.75%.
Penilaian ini dilakukan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada hari ini (4 Mac).
Tindakan ini uga bertujuan untuk membantu mengukuhkan kedudukan kewangan negara di kala fasa pandemik COVID-19.
Berdasarkan tinjauan juga, pertumbuhan negara dilihat akan disokong oleh bahagian pengeluaran sektor pembuatan, minyak dan gas dan beberapa bahagian lain.
Selain itu pelaksanaan agihan bekalan vaksin juga dilihat mampu menyumbang kepada sentimen positif pelaburan. Bagaimanapun, prospek pertumbuhan dilihat berpotensi mengalami penurunan disebabkan ketidakpastian keadaan semasa.
Setakat usaha memperkasakan pengurusan kewangan negara sedang dilakukan – antara tumpuan lain adalah prospek inflasi, serta pertumbuhan dalam negeri. Pelbagai alat dasar ekonomi yang bersesuaian akan diaplikasikan oleh BNM bagi menjamin kelangsungan fasa pemulihan ini.
Menerusi keputusan pengekalan paras OPR 1.75% ini ia mampu menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia ke arah pemulihan.
The Bank’s Monetary Policy Committee today decided to maintain the Overnight Policy Rate at 1.75%
Find out more at https://t.co/5rlK5gSbj4#MPC #OPR #BNM #dasarmonetari #monetarypolicy pic.twitter.com/8EyZpiS5St
— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) March 4, 2021