Seperti yang umum ketahui penetapan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan mempengaruhi sentimen para peminjam dan pihak perbankan untuk mengukuhkan kembali ekonomi negara.
Rata-rata pemerhati ekonomi kini menyasarkan BNM akan mengekalkan paras OPR di tahap yang sama, iaitu 1.75%. Ini kerana pertumbuhan negara sedang mengalami fasa pemulihan.
Menurut Stephen Innes – Ketua Strategi Pasaran Global Axi, penetapan kadar ini diteliti berdasarkan status kesihatan negara dan langkah sekatan yang sedang dilaksanakan.
Meskipun nilai dagangan negara seperti eksport, pasaran bon memaparkan unjuran positif – namun BNM juga masih memiliki pilihan untuk menurunkan paras OPR tersebut.
Tetapi tanggapan pengekalan OPR itu turut disokong oleh Laurence Todd, Pengarah Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS). Ini kerana fasa pemulihan negara masih diperingkat awal, dan terdapat pelbagai risiko perlu diteliti berhubung perubahan paras OPR.
Bagaimanapun, keputusan paras OPR ini hanya akan diketahui pada Khamis, 4 Mac kelak – menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berhubung penilaian prospek pemulihan ekonomi negara.
Untuk makluman penetapan OPR pada paras 1.75% ini adalah yang terendah sejak tahun 2004 lagi. Walaupun penurunan paras OPR menandakan kedudukan ekonomi yang kurang stabil namun ia masih lagi bersifat positif. Di mana ia memperlihatkan inisiatif bank pusat untuk membantu pertumbuhan eknomi negara kembali pulih semula.