Artikel

Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100

KWSP hari ini telah isytihar dividen untuk tahun 2020 lepas, dan pada masa yang sama berkongsi salah satu statistik yang mengejutkan. Menurut KWSP, hampir 30% ahli KWSP telah mengeluarkan wang simpanan persaraan pada Akaun 1 ketika pandemik Covid-19 sejak Mac 2020 lepas.

Ia diperkatakan lebih kurang 30% mengeluarkan hampir kesemua simpanan wang persaraan pada Akaun 1, dan meninggalkan RM100 hanya sebagai syarat sahaja.

Perkara ini boleh dikatakan agak membimbangkan, dan KWSP akan melakukan lebih banyak aktiviti dalam meningkatkan kesedaran berkenaan simpanan untuk hari tua.