Artikel

KWSP Isytihar Dividen 2020 – Konvensional 5.20%, Shariah 4.90%

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini mengisytiharkan dividen sebanyak 5.20% dengan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional. Manakala, kadar dividen untuk Simpanan Shariah 2020 pula mencatatkan 4.90%, dengan agihan sebanyak RM4.76 bilion.

Meskipun agihan tersebut dilihat lebih rendah berbanding tahun 2019, namun nyata KWSP telah melepasi sasaran purata dividen sebenar yang tidak kurang daripada 2% untuk tempoh 5 tahun berturut-turut.

Melihat pada prestasi ini ternyata KWSP berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan mereka sepanjang pandemik COVID-19 melanda tahun 2020. Untuk makluman jumlah agihan dividen 2020 adalah pada kitaran RM47.64 bilion.

Usaha ini didorong pelaksanaan yang pantas dari pihak pengurusan berhubung penerapan digitalisasi yang membolehkan portfolio pelaburan mencapai prestasi yang terbaik.

Penyelarasan sentimen pelaburan dipertimbangkan menerusi kesan pada pasaran modal dunia. Segala faktor perlu diambil kira untuk memastikan pengukuhan kumpulan dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan.

Selain itu, KWSP turut memaparkan peningkatan pada aset pelaburan sebanyak 7.9% kepada RM998 bilion. Ini membawa kepada nilai pasaran mencecah RM1.02 trilion.

Sementara itu – jumlah ahli KWSP turut meningkat 2% kepada 14.89 juta individu, merangkumi majikan yang berdaftar di bawah KWSP adalah 534,398.