Artikel

Okonjo-Iweala, Wanita Dan Rakyat Afrika Pertama Mengetuai WTO

Pada 21 Ogos 2020, mantan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Roberto Azevedo telah mengumumkan beralih kepada sektor swasta bahagian korporat PepsiCo, kini lantikan baharu Ketua Pengarah WTO telah disandang oleh Ngozi Okonjo-Iweala, iaitu bekas Menteri Kewangan Nigeria.

Apa yang menarik adalah beliau Ketua Pengarah WTO wanita dan rakyat Afrika pertama yang dilantik jawatan tersebut sejak penubuhan organisasi tersebut pada 1995. Penguatkuasaan jawatan tersebut akan mula dilakukan menjelang 1 Mac kelak.

Perlantikan ini penting dalam memperkemaskan lagi perdagangan global berikutan penularan pandemik COVID-19. Pemilihan Okonjo-Iweala di kala pelbagai krisis yang sedang berlaku pada perdagangan dunia nyata akan memperlihatkan kreadibiliti pimpinannya.

Menurut Okonjo-Iweala, berbekalkan pengalamannya selama 30 tahun dalam sektor ekonomi dan 25 tahun di Bank Dunia, dia menyatakan di bawah pengurusannya – aturan pembaharuan WTO akan menjadi lebih berbeza dan tidak seperti sebelum ini.

Untuk makluman, WTO sebelum ini memiliki pelbagai krisis berhubung perang tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China. Maka menerusi pembaharuan WTO ini, berdasarkan penetapan peraturan ia akan melindungi sistem perdagangan pelbagai hala untuk negara terlibat.