Setelah tujuh tahun menjadi Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Roberto Azevedo kini bakal beralih ke sektor swasta selaku eksekutif tertinggi, bahagian korporat di PepsiCo.
Peletakan jawatan beliau akan mulai berkuatkuasa pada 31 Ogos kelak.
Tindakan peralihan ini dilakukan susulan pelbagai krisis yang dihadapi oleh WTO, ia melibatkan perang tarif antara AS dan China. Selain itu, Azevedo turut mengatakan beliau memiliki alasan peribadi tersendiri akan peralihan tersebut.
Bagaimanapun, Azevedo gembira akan peralihan tersebut. Di mana beliau dapat memperkukuh dan meluaskan hubungan perniagaan PepsiCo bagi menjana pertumbuhan yang lebih inklusif.
Syarikat minuman ringan itu dalam satu kenyataan mengatakan, penglibatan Azevedo akan membantu mereka dalam memantau polisi awam, urusan penguatkuasaan dan urusan komunikasi antara pemerintah, organisasi antarabangsa dan pihak berkepentingan lain.
Malah seterusnya beliau juga akan menyertai jawatankuasa eksekutif tertinggi PepsiCo.