Artikel

Kajian: AS, China Peroleh Keuntungan Terbesar Pada WTO

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah memberi kelebihan kepada Amerika Syarikat (AS) dan China berbanding negara lain. 

Kedua-dua kuasa besar ini dilihat berusaha meredakan konflik perang tarif mereka selama sebulan.

Kenyataan ini berasaskan kepada kajian Bertelsmann Foundation yang menunjukkan penglibatan WTO telah meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Di mana, AS memperolehi RM360 bilion (AS$ 87 bilion) dalam 25 tahun sejak negara itu bergabung.

Manakala, China yang menjadi ahli WTO pada tahun 2001, pula memperolehi jumlah RM350 bilion ($ 86 bilion), dan Jerman RM270 bilion ($ 66 bilion).

“Walaupun tidak ada organisasi yang sempurna, namun sekiranya terdapat pihak yang percaya terhadap kebergantungan pada sistem perjanjian dua hala berbanding WTO – secara tidak langsung mereka berisiko untuk mengalami kerugian besar dalam perdagangan antarabangsa,” kata pakar perdagangan Bertelsmann, Christian Bluth.

Di seluruh dunia, Bertelsmann mendapati ahli-ahli WTO memperoleh purata 4.5 peratus daripada KDNK keanggotaan.

Jumlah kenaikan ini mencapai RM3.5 trilion ($ 855 bilion) atau satu peratus daripada keluaran global, kata laporan kajian.

Seluruh dunia, eksport anggota WTO telah meningkat rata-rata sebanyak 14 peratus antara tahun 1980 dan 2016, manakala eksport bukan anggota pula dilihat jatuh hampir enam peratus.

Seterusnya, beralih kepada isu perang tarif. Washington difahamkan enggan menamakan hakim baru bagi badan rayuannya, pihaknya telah menyekat sebarang pertimbangan berkaitan pertikaian perdagangan.

Washington dan Beijing telah bersepakat untuk laksanakan pendamaian sementara pada perang tarif mereka. Malah, mereka turut berharap dapat mengakhiri konflik ini dengan menandatangani perjanjian perdagangan awal pada Januari 2020. –AFP