Semua pihak ketahui sebelum ini tempoh kuarantin wajib yang ditetapkan negara adalah selama 14 hari. Namun ia telah dikurangkan kepada 10 hari sahaja. Bagaimanapun dalam minggu ini, penguatkuasaan tempoh pemerhatian ke atas Menteri Kabinet yang pulang dari lawatan rasmi telah dikurangkan kepada 3 hari.
Tindakan itu hanya tertakluk jika jemaah Menteri melalui pengawalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sahaja. Akan tetapi, pengecualian itu secara jelas telah membingungkan ramai pihak, khusus orang awam.
Berdasarkan laporan MalaysiaInsight, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengatakan tindakan pengecualian Seksyen 15 Akta ini dilakukan menerusi pewartaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian 2021). Tindakan ini dikatakan akan diperluaskan kepada orang awam, ia bertujuan untuk membuka ekonomi dan mengalakkan para pelabur untuk hadir ke Malaysia.
Malah kelonggaran tersebut juga mungkin akan diperluaskan kepada ahli perniagaan sekiranya mereka mematuhi pengawalan SOP yang ketat.
Situasi ini secara tidak langsung mengelirukan ramai pihak, di mana tiada sebarang pengukuhan keberkesanan data yang dilampirkan berhubung pengurangan tempoh 3 hari kuarantin tersebut. Meskipun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham mengatakan tidak semua pihak akan melepasi kriteria tempoh kuarantin selama 3 hari itu, namun tindakan kelonggaran ini ternyata memberi kerungsingan kepada rakyat negara.