Artikel

Mulai Hari Ini, Tempoh Pemerhatian Menteri Kabinet Yang Kembali Dari Lawatan Rasmi Dikurangkan Kepada 3 Hari

Bermula hari ini, penguatkuasaan tempoh pemerhatian terhadap Menteri Kabinet yang kembali dari lawatan rasmi luar negara dikurangkan kepada 3 hari.

Tindakan pengecualian ini dilakukan menerusi pewartaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian 2021). Info ini telah dimaklumkan secara rasmi pada laman Jabatan Peguam Negara (JPN).

Ini bermakna, langkah itu mengecualikan jemaah menteri yang terlibat pada Seksyen 15 Akta.

Untuk makluman, Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) menuntut pegawai yang diberi kuasa untuk menjalani tempoh pemerhatian di mana-mana tempat dalam jangka masa yang ditetapkan sehingga dia boleh dilepaskan dari membahayakan pihak lain.

Namun, penetapan sebelum ini yang ditetapkan selama 10 hari tempoh permerhatian atau pengawasan telah dikurangkan kepada 3 hari. Malah penguatkuasaannya akan berlangsung sehingga 1 Ogos kelak.


Penguatkuasaan ini secara jelasnya telah membingungkan ramai pihak berhubung keberhasilan tempoh pemerhatian dalam masa 3 hari sahaja. Di mana, adakah tindakan ini meliputi saranan data kesihatan atau memiliki pengukuhan yang lain.

Setakat ini, bagaimanapun tiada maklum balas susulan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung pewartaan tersebut.