Artikel

Kesatuan Sekerja Perlu Dibentuk, Atasi Isu Berbangkit Dalam Kalangan Pekerja Kurier – MTUC

Berikutan isu kurier yang telah mengakibat kerosakan barangan penghantaran, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengusulkan satu penubuhan kesatuan sekerja bagi pekerja perkhidmatan kurier ini dibentuk.

Cadangan ini bertujuan untuk menjamin hak serta kebajikan para pekerja yang mengalami permasalahan bersama pengurusan. Malah menerusi pembentukan kesatuan tersebut – ia dapat membantu syarikat perkhidmatan kurier bersama kakitangan menangani isu yang berbangkit.

Maka, isu seperti kontrak perkhidmatan, penetapan upah gaji atau beberapa aspek kebajikan kesihatan dan keselamatan pekerja dapat diselaraskan semu;a serta mencapai keputusan bersama.

Setakat ini, MTUC telah membawa perkara tersebut kepada Kementerian Sumber Manusia untuk diteliti dan dikaji semula berhubung isu yang menjejaskan kepercayaan pengguna serta kreadibiliti peniaga.

Sementara itu bagi para pengguna yang terkesan disebabkan kerosakan dan kehilangan barangan penghantaran – KPDNHEP menyarankan agar aduan dilakukan pada segmen E-Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk menuntut ganti rugi.