Artikel

Isu Kurier – Pengguna Boleh Tuntut Ganti Rugi, Ke Atas Kehilangan Dan Kerosakan Barangan

Sejak kebelakangan ini, terdapat rungutan berkaitan kerosakan dan kehilangan barangan penghantaran dalam kalangan pengguna. Melihat situasi itu, para pengguna boleh melakukan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, untuk setiap kerosakan dan kehilangan barang.

Langkah ini boleh dilakukan ke atas syarikat perkhidmatan kurier yang tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut.

Menerusi aduan yang dilakukan – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneliti dan mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat.

Ini bagi menjamin hak pengguna serta kreadibiliti peniaga dan syarikat penghantaran barangan.

Untuk makluman pengguna, setakat ini aduan boleh dilakukan menerusi secara atas talian sahaja iaitu pada laman e-Tribunal – ini disebabkan pelaksanaan PKP, kaunter pertanyaan secara fizikal telah ditutup sehingga 18 Februari kelak.

Bagi sebarang aduan, pengguna boleh layari pada pautan di bawah: