Artikel

Sekiranya Gagal Mematuhi SOP – Penjawat Awam, Ketua Jabatan Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib

Menyingkap sidang perutusan khas semalam (4 Feb), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah menegaskan sekiranya penjawat awam gagal mematuhi peraturan serta piawaian SOP – tindakan tatatertib akan diambil.

Langkah itu turut merangkumi Ketua Jabatan yang terlibat.

Penegasan ini dilakukan berhubung isu penerapan Bekerja Dari Rumah (WFH) yang telah diselaraskan sebelum ini – di mana hanya 30% tenaga pengurusan sahaja dibenarkan tampil ke pejabat operasi. Manakala 70% kakitangan lagi adalah di bawah jaminan di kediaman masing-masing. Usaha itu dilihat sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar penularan jangkitan COVID-19.

Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan diambil berdasarkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dilakukan.

Maka semua pihak perlulah peka akan pelaksanaan tersebut, bagi membantu kerajaan dalam memerangi penularan COVID-19 tanpa menjejaskan kesejahteraan awam serta ekonomi negara.