Bermula 22 Oktober sehingga tarikh akhir Perinth Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya 30% kakitangan sektor awam dibenarkan bekerja.
Menurut Tan Sri Mohd Khairul Adib, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – peraturan tersebut tertakluk pada negeri dan wilayah yang diisiytiharkan PKPB. Usaha itu dilihat sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar penularan jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun, perkhidmtan asas ageensi dikatakan tidak akan terjejas dan perkhidmatan awam yang berkepentingan tidak akan terlibat pada penetapan 30% tersebut.
Namun senarai jabatan kakitangan awam yang terlibat masih tidak dimaklumkan. Ia hanya dimaklumkan kepada semua ketua setiausaha, ketua jabatan sahaja.
Tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh setiap Ketua Jabatan bagi memastikan hanya 30% sahaja yang perlu hadir ke pejabat. Kaedah penggiliran berkemungkinan akan digunapakai pada kehadiran petugas awam ini.
Menerusi langkah ini MKN menjangkakan sekitar lebih 200,000 kakitangan awam perlu melaksanakan tugasan mereka dari rumah sahaja.