Artikel

PKP Disambung Sehingga 4 Februari Di Pulau Pinang, Selangor, Sabah, KL, Putrajaya, Labuan, Johor, Melaka Dan Kelantan

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan dibeberapa buah negeri sejak 13 Januari 2021 yang lepas. Terbaru, dengan pelaksanaan PKP di semua negeri lain, kecuali Sarawak bermula 22 Januari 2021 ini, kerajaan kini turut mengumumkan pelanjutan untuk PKP pada negeri-negeri yang bermula 13 Januari 2021 sebelum ini.

Pulau Pinang, Selangor, Sabah, KL, Putrajaya, Labuan, Johor, Melaka dan Kelantan sebelum ini dijadualkan akan berakhir pada 26 Januari 2021. Namun, kini pelaksanaan PKP dinegeri-negeri ini dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021.

Dengan langkah ini, kerajaan dilihat menyelarikan pelaksanaan PKP di semua negeri seluruh negara, kecuali Sarawak.

Seperti biasa, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti pelbagai SOP yang telah ditetapkan, dan tidak keluar dari rumah sekiranya tidak diperlukan.