Artikel

Mulai 22 Januari Ini – Seluruh Malaysia Kecuali Sarawak, Akan Berada Di Bawah Pelaksanaan PKP

Sebelum ini kita ketahui, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dijalankan ke atas 5 negeri dan 3 wilayah sahaja – iaitu Selangor, Sabah, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 13 Januari 2021.

Kini mulai 22 Januari 2021 – seluruh negeri di Malaysia kecuali Sarawak akan menjalani pelaksanaan PKP.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi. Ini bermakna negeri baharu yang turut akan tersenarai di bawah PKP adalah Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis. Penguatkuasaan tersebut akan bermula 22 Januari ini sehingga 4 Februari 2021 kelak.

Tindakan ini diputuskan menerusi penilaian risiko MKN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes positif semasa.

Penerapan PKP di kebanyakan negeri di Malaysia itu ternyata bakal memberi kesan yang mendalam kepada pertumbuhan ekonomi dan sektor perlancongan. Ini bermakna risiko kerugian KDNK negara akan semakin meningkat, ,sebelum ini negara telah mengalami kerugian sekitar RM300 juta sehari bagi pelaksanaan PKPB secara menyeluruh. Bagaimanapun, kenyataan lanjut berhubung impak ekonomi masih tidak diperincikan.