Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, di bawah PERMAI Kerajaan kini telah mengurangkan bebanan kos tanggungan operasi dengan menawarkan diskaun 10% bil elektirk.
Penawaran diskaun ini melibatkan 6 sektor perniagaan negara iaitu pusat membeli-belah, taman tema, perhotelan, pejabat syarikat penerbangan serta agensi pelancongan.
Tawaran tersebut akan diberikan mulai Januari sehingga Mac 2021 ini.
Usaha ini secara tidak langsung membantu perniagaan sektor terbabit kekal beroperasi tanpa menjejaskan risiko bebanan mereka.
Manakala rebat 2 sen bagi setiap kilowatt per jam akan kekal diberi kepada semua pengguna TNB mulai 1 Januari lalu hingga 30 Jun 2021 ini.