Artikel

TNB Beri Rebat 2 Sen Mulai 1 Januari 2021- Bantu Ringankan Tanggungan Bil Elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini akan memberi rebat sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pemilik akaun TNB pada 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

Menerusi usaha pemberian rebat tersebut – ia bakal memberi manfaat kepada 7.5 juta pengguna domestik yang bakal mengalami penurunan bil elektrik antara 3.6% hingga 9.2%.

Sementara itu, bagi pengguna komersial akan alami penurunan bil elektrik antara 4.0% hingga 5.2% dan industri pula turun antara 4.6% hingga 6.1%.

Malah menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli – Datuk shamsul Anuar Nasarah – pihak kerajaan juga turut bersetuju mengekalkan purata tarif asas TNB pada kadar 39.45 sen/kWj.

Untuk makluman, pemberian rebat sebelum ini telah diberikan pada Julai 2018 untuk semua pengguna TNB – tindakan ini adalah hasil lanjutan Regulatori Kedua TNB kerajaan di bawah Incentive Based Regulation (IBR) sehingga 31 Disember 2021 kelak.

Usaha pemberian rebat ini secara terus dapat meringankan kos sara hidup rakyat serta menurunkan kos operasi perniagaan ketika penularan pandemik COVID-19 ini.