Artikel

Pengisytiharan Darurat Adalah Untuk Tangani COVID-19, Ia Tidak Gugat Ekonomi Negara – PM Muhyiddin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang perutusan khas PERMAI sebentar tadi menegaskan – pengisytiharan Proklamasi Darurat adalah bertujuan tangani COVID-19 dan sosioekonomi negara.

Tindakan itu tidak akan mengugat kedudukan ekonomi negara dan ia masih lagi dalam kawalan negara.

PM Muhyiddin akui ramai pihak pasti akan berasa khuatir dan tidak tenang berhubung situasi terkini. Bagaimanapun, pasaran negara masih lagi baik. Di mana pasaran modal negara seperti Bursa Malaysia dan pasaran bon masih memaparkan paras stabil dan teratur.

Malah kerajaan juga akan terus berusaha memastikan impak pelaksanaan Proklamasi Darurat ini dapat dihadapi dengan baik. Setakat ini pertumbuhan ekonomi negara memaparkan peningkatan, dari KDNK 17.1% kepada 2.7% dan kadar pengangguran pula 4.8%.