Kini kilang syarikat automotif bagi pengeluaran kenderaan telah dibenarkan beroperasi semula di bawah senarai Sektor Perkhidmatan Perlu.
Minggu lalu, beberapa syarikat seperti Toyota, Honda dan Perodua yang telah menghentikan seketika operasi pengeluaran mereka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kebenaran operasi tersebut dapat dilakukan menerusi penwartaan terbaru pada Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit iaitu langkah-langkah pada Kawasan Tempat Berjangkit di bawah pindaan 2021 PKP.
Penwartaan tersebut telah menjadikan sektor pengeluaran automotif dapat beroperasi seperti biasa sebagai perkhidmatan ekonomi berkepentingan negara tanpa perlu menangguhkan atau menghentikan operasi mereka.