Maybank kini mengumumkan mereka akan melakukan sedikit perubahan sementara untuk operasi cawangan-cawangan Maybank di seluruh negara.
Langkah ini adalah dalam memastikan operasi terus lancar dan pada masa yang sama menjaga kebajikan pelanggan dan juga pekerja Maybank.
(1/2) #MBBAlert
To safeguard the wellbeing of our customers & employees, we will temporarily revise our branch operating hours, from 4 Jan 2021.
Red Zones*
9:30am-3pm (all services)
3pm-4pm (Repayment Assistance)
*Some branches operating on appointment only via Maybank #EzyQ— Maybank (@MyMaybank) January 3, 2021
Melalui perkongsian pihak Maybank, kawasan yang dikategorikan zon merah akan beroperasi antara pukul 9.30 pagi sehingga 3 petang untuk semua perkhidmatan, sementara 3 petang ke 4 petang untuk bantuan pembayaran semula.
Apa pun, terdapat juga beberapa cawangan yang beroperasi berdasarkan kepada temujanji melalui Maybank EzyQ sahaja.
Maybank juga telah menerbitkan jadual operasi rasmi untuk cawangan mereka, dan turut memperlihatkan kebanyakkan cawangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beroperasi antara 9.30 pagi sehingga 2 petang sahaja.
Bagi anda yang ingin melakukan operasi bersama Maybank melalui kehadiran ke cawangan, boleh merujuk dokumen rasmi (*PDF) yang disediakan berkenaan dengan perubahan waktu sementara ini.