Artikel

Maybank EzyQ Memudahkan Anda Melakukan Temujanji Dengan Bank

Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, ia telah serba sebanyak mengubah kaedah sejumlah urusan dilakukan. Ini termasuk untuk ke bank bagi melakukan sejumlah urusan yang perlu bertemu dengan pihak bank dan bukannya secara layan diri.

Menyedari perkara berkenaan, kini pihak Maybank hadir dengan penawaran dinamakan EzyQ yang memudahkan pengguna melakukan temujanji dengan pihak bank.

Menggunakannya, pengguna boleh memilih lokasi bank, menetapkan tujuan dan perkhidmatan yang diperlukan, seterusnya menguruskan temujanji melaluinya. Antara perkara yang boleh dilakukan menerusi temujanji ini adalah termasuk membuka akaun baru, pertanyaan mengenai sesuatu produk, termasuk berkaitan kad dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin bertemu dengan wakil bank Maybank, boleh menggunakan Maybank EzyQ dan melakukan temujanji anda hari ini, sekaligus memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

Layari : Maybank EzyQ