Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang mendalam kepada para peniaga dan syarikat tempatan, namun sejak Mac sehingga Oktober sebanyak 281,781 perniagaan baharu telah didaftarkan.
Pendaftaran baharu ini merangkumi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian, syarikat serta perniagaan perkongsian liabiliti terhad.
Data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ini memaparkan jumlah tersebut melebihi angka premis perniagaan yang telah mengfailkan penutupan operasi.
Menurut SSM, angka penutupan operasi mencatatkan sekitar 31,190 premis perniagaan. Sementara itu, pihaknya turut akan mengambil langkah susulan membatalkan syarikat yang tidak lagi aktif.
Selaras dengan seksyen 551 Akta Syarikat 2016, pemberitahun notis akan diberikan kepada syarikat ang tidak lagi aktif.
Meskipun SSM mengatakan lebih 31,000 premis mulai ditutup – namun sebelum ini sebanyak 50,269 perniagaan telah menutup operasi. Data itu merangkumi Mac hingga Ogos 2020.