Artikel

Sebanyak 50,269 Syarikat Telah Menutup Operasi Sejak PKP – Bulan Ogos Tertinggi Dengan 17,800 Syarikat Menutup Operasi

Penularan COVID-19 sememangnya memberi impak yang negatif kepada operasi permis perniagaan dan perusahaan kecil sederhana (PKS), kini sekitar 50,269 operasi syarikat negara telah ditutup.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), aliran penutupan operasi syarikat dan PKS di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan sejak Mac lagi.

Di mana, Mac sehingga Jun 2020 terdapat 9,675 jumlah premis ditutup. Manakala pada September pula sejumlah 22,794 operasi perniagaan telah ditutup.

Sementara itu, pada Ogos 2020 telah mencatatkan angka penutupan operasi paling tertinggi dengan 17,800 syarikat dan perniagaan telah ditutup.

Ini menjadikan jumlah keseluruhannya melebih 50,000 operasi tealh terkesan.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), tinjauan mereka mendapati 8.85% usahawan telah menutup operasi mereka sepenuhnya semasa PKP, tetapi jumlah itu mulai berkurangan setelah pasca-PKP dengan penurunan peratusan 1.39%.