Artikel

73% Isi Rumah Telah Mula Membayar Semula Pinjaman – BNM

Sekitar 73% peminjam isi rumah telah mula membayar kembali pinjaman mereka kepada bank.

Meskipun moratorium secara menyeluruh telah ditamatkan pada akhir September lalu dan dilanjutkan untuk kumpulan bersasar, namun ramai pihak dikatakan telah keliru akan situasi ini.

Lanjutan secara bersasar ini akan tertumpu kepada mereka yang terkesan.

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah lanjutan moratorium bersasar itu merangkumi mereka yang terkesan dan setiap perbankan memiliki maklumat tersebut.

Pertama adalah kepada individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih lagi tidak perolehi pekerjaan baharu akan menikmati tangguhan selama 3 bulan lanjutan moratorium. Bagaimanapun, tempoh tersebut tertakluk kepada bank yang terlibat.

Tumpuan kedua adalah kepada individu yang mengalami potogan gaji ataupun terjejas, akan menikmati bayaran ansuran selaras dengan kadar pengurangan gaji tersebut. Sekurang-kurangnya lanjutan moratorium 6 bulan akan diperolehi.

Setakat ini, pihaknya telah menerima 640,000 permohonan dengan sekitar 98% kelulusan telah diberikan. Sementara itu, 40% lagi menerima lanjutan moratorium dan 60% pula dapat pengurangan bayaran pada jumlah ansuran.

Selain isi rumah, peminjam PKS juga telah mula membayar semula pinjaman. Sekitar 89% telah melakukan tindakan sedemikian.