Artikel

Moratorium Berakhir September Ini, Para Peminjam Perlu Bersedia – Tengku Zafrul

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan kini mengingatkan orang ramai bahawa tempoh moratorium akan berakhir menjelang September ini.

Tempoh penangguhan tersebut akan berakhir seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Para peminjam kini perlu bersedia untuk melakukan pembayaran semula pinjaman mulai Oktober 2020. 

Peringatan ini dilakukan supaya pihak yang terlibat dapat mengambil pendekatan untuk menyusun semula pinjaman mereka.

Malah, Tengku Zafrul turut menyatakan tiada istilah pembayaran semula pinjaman tidak dapat dilakukan, ini kerana melihat operasi sektor ekonomi telah dibuka seharusnya menjadi tanggungjawab peminjam untuk membayar semula.

Untuk makluman, sekitar RM100 bilion telah diperuntukkan bagi pengenaan moratorium ini. Ia dilaksanakan untuk membantu peminjam negara ketika krisis COVID-19 tular.