Artikel

Donald Trump Dilaporkan Ingin Memulakan Syarikat Media Digital Tersendiri

Donald Trump telah pun tewas dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini kepada Joe Biden. Beberapa penyokong Trump mengatakan Fox News – salah satu saluran televisyen popular di Amerika Syarikat membuat kesilapan dengan mengumumkan kemenangan Biden di Arizona.

Disebabkan olehnya, kini ia diperkatakan Donald Trump telah memaklumkan beberapa rakan yang mana beliau ingin memulakan syarikat media digital tersendiri untuk menyaingi Fox News.

Trump dilaporkan memilih untuk memperkenalkan saluran digital yang distrim secara atas-talian. Langkah ini adalah lebih mudah dan cepat untuk dimulakan berbanding dengan saluran televisyen tradisional.

Donal Trump juga dijangka akan menggunakan pangkalan data untuk kempen dalam mempromosikan dan menarik penonton ke saluran digital milik beliau ini

Buat masa ini, masih tiada komen rasmi Donald Trump berkaitan perkara ini.