Artikel

Joe Biden Mengalahkan Donald Trump Untuk Menjadi Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-46

Lanjutan daripada pemilihan yang dilakukan di Amerika Syarikat, kini Joe Biden dari Parti Democrat memenangi perlumbaan menjadi presiden yang ke-46 untuk negara berkenaan. Joe Biden dilihat berjaya mendapatkan lebih 270 undian elektoral, sekaligus menewaskan Donald Trump.

Joe Biden yang berusia 78 tahun ini akan menggantikan Donald Trump, dan menerajui White House selepas ini.

Dibawah Joe Biden, beliau akan mengambil tampuk pemerintahan pada era norma baharu disebabkan Covid-19 dan perlu mengatasi cabaran negara berkenaan dari segi kesihatan dan juga ekonomi – termasuk perang dagangan dengan China.

Dengan ini juga, ia sekaligus menamatkan era pemerintahan Donald Trump di Amerika Syarikat. Sebelum ini, Joe Biden pernah bertugas sebagai Timbalan Presiden dibawah Barrack Obama.