Artikel

Semua Dari Zon Merah Yang Memasuki Kelantan Dikehendaki Menjalani Ujian Saringan Covid-19

Bermula hari ini (9 November), semua negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali Kelantan, Perlis dan Pahang akan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB ini dilaksanakan dalam usaha untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang memperlihatkan peningkatan tinggi.

Selari dengannya, beberapa perkara turut diumumkan, termasuk tiada perjalanan rentas daerah atau negeri jikalau tanpa sebab.

Terbaru, pihak Majlis Keselamatan Negara turut mengumumkan yang mana mulai esok (10 November 2020), semua pemandu dan penumpang dari Zon Merah yang memasuki Kelantan perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk.

Pada masa yang sama, Ketua Polis Kelantan turut mengatakan mereka yang gagal mengemukakan surat kebenaran atau tidak mempunyai alasan munasabah untuk memasuki Kelantan, akan diarah berpatah balik – termasuk untuk mereka yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.