Artikel

Bermula Hari Ini, PKPB Di Seluruh Semenanjung – Kecuali Kelantan, Pahang Dan Perlis

Mulai hari ini (9 November) semua negeri di seluruh Semenanjung kecuali Kelantan, Perlis dan Pahang akan dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Pelaksanaan tersebut termasuklah negeri Selangor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. Seperti yang sedia maklum, keempat-empat kawasan itu sedang menjalani kawalan PKPB namun ia akan dilanjutkan seiring penguatkuasaan baharu ini. 

Sebelum ini, Kerajaan pada 7 November lalu menerusi persidangan Majlis Keselamatan Negara (MKN), telah bersetuju untuk melaksanakan PKPB di hampir keseluruh negeri Semenanjung. 

Usaha itu dilihat sebagai langkah proaktif negara dalam menangani isu penularan COVID-19. Seperti biasa aktiviti perjalanan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan. 

Hanya para pekerja dan individu berkepentingan yang memiliki surat pelepasan perjalanan sahaja dibenarkan melakukan tindakan sedemikian. Malah aktiviti ekonomi juga masih berjalan seperti biasa. 

Pelaksanaan ini akan berterusan selama 4 minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.