Artikel

Sektor Pelancongan Perlu Diberi Keutamaan, Belanjawan 2021 Tentukan Hala Tuju Pasaran

Pelancongan antara sektor yang mengharapkan penambahbaikan pada peruntukan Belanjawan 2021.

Menurut Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan (MOTAC) menerusi jangkaan peruntukan kelak ia akan membuka peluang untuk meningkatkan bantuan kepada pemain industri dalam membangunkan semula sektor ekonomi.

Jangkaan peruntukan ke atas sektor ini penting untuk negara, ini kerana peningkatan tersebut mampu mendorong kepada pergerakan utama ekonomi.

Untuk makluman penyusutan sektor pelancongan disebabkan krisis ini telah dianggarkan kerugian sekitar RM51 bilion hingga RM60 bilion.

Malah turut dianggarkan sekitar 1 juta penganggur akan dicatatkan pada pekerja sektor pelancongan.

Menerusi peruntukan pada Belanjawan 2021 ini – ia akan menentukan hala tuju dan peluang pembangunan sektor pelancongan pada pertumbuhan tahun hadapan.