Artikel

Desakan Ekonomi – 70% Pencarum KWSP Kini Bertindak Mengurangkan Caruman Pada Kadar 7%

Desakan ekonomi jelas memberi kesan yang mendalam kepada pekerja tempatan, kini hampir 70% pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah bertindak mengurangkan kadar caruman mereka kepada 7%.

Kenyataan itu diperkatakan sendiri oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada laporan wawancara, di mana tindakan itu membawa kepada peningkatan pendapatan bolehguna diseluruh negara pada angka RM700 juta.

Seperti yang umum ketahui pada April lalu, KWSP telah mula memberi pilihan kepada para pekerja untuk menurunkan kadar caruman mereka dari 11% kepada 7% di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Usaha itu dilihat bagi membantu kewangan para pekerja ketika ini.

Ternyata pilihan itu menjadi keutamaan rakyat negara.

Antara lain yang kini kerajaan sedang usahakan, adalah sedang menyemak keberhasilan usul pengeluaran dana Akaun 1 KWSP.

Bagaimanapun, PM Muhyiddin menegaskan sekiranya terdapat peruntukan yang mencukupi pada pembentangan Belanjawan 2021 kelak, maka pengeluaran dana KWSP tidak perlu dilaksanakan.

Sementara itu, berhubung cadangan melanjutkan tempoh moratorium secara keseluruhan juga telah dibincangkan bersama Bank Negara Malaysia bersama perkhidmatan perbankan lain. Keseluruhan perbincangan akan dimaklumkan kelak.