Artikel

KWSP Beri Penjelasan Tambahan Tentang Pengurangan Caruman 11% Ke 7%

Berikutan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, KWSP telah mengumumkan kadar caruman baharu iaitu daripada 11% kepada 7%.

Menurut KWSP, kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah pekerja bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.

Selain itu, kadar caruman baharu ini akan dikenakan kepada pekerja bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah masih kekal.

Namun sekiranya ahli KWSP ingin kekal menggunakan kadar caruman 11%, ahli boleh melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020). Borang tersebut boleh didapati pada ruangan laman web KWSP dan perlu dikemukakan kepada KWSP menerusi majikan masing-masing.  

Ia akan mula berkuat kuasa mulai bulan hadapan.